Sunday, January 2, 2011

Rebranding

Assalamualaikum...
Da lama rasanya x post something dalam blog ni (^^)V. So memandangkan still fresh dengan tahun baru, macam2 nak kne 'rebranding' balik ni. Wishlist da siap tuk tahun ni tggal nak laksanakan je dan yang paling penting skali wat mse ni, posto dr KPM lum smpai lg (harap2 dpt la posting dlm bulan 1, InsyaAllah). Until then tingkatkan lg prestasi terhadap pencipta, kurangkan marah2 yg xbertempat & tambah knowledge yg berguna

Thursday, November 12, 2009

Cameron Highland


fuhhh!!!...td bru jek abez stu pper, so skang tggal lagi 2 pper. Alhamdulilah smuanye berjalan lancar bgku huhuhu....api sederhana besar, sudip da ready so goreng pelan2 dr mle sampai last. Mmg xsempat nak jeling2...kalo de pun ako jeling dak math sebelah jek riso tgk die asek tunduk jek, ntah leh wat ke x...mmg smua berjalan lancar la td, sblom tu pun da de aktiviti yg best ngan kengkawan sbb g cameron highland. Niat asal mmg g bjalan jek, g atas tiket klab jek hehehe. Ye la klab len smua wat xkan kte xnak wat hihihi =).

So, 5.11.09 kteowg gerak g cameron, just g shari jek. Mule2 tempat yg dituju MARDI, rse mcm malas nak masuk sbb mcm xbest jek sbb xleh nak shoppng hehehe. Bak kte En nordin, "tangkap2 gambar da la, pastu g shppng trus" hehehe... ako stuju sgt.


Ni gambar yg mse kteowg mle2 msuk mardi. Jd bahan bukti tuk wat laporan t hehehe penting2.


!7 ... walopon xla rendah sgt, tp try la makan aiskrim dkt cni


rehat2 kejap...penat da berjalan jek dalam mardi.

Tp dsebabkn ppuan melebihi majoriti so lelaki kne mengalah, asek laki je hurmmm...kteowg masuk, jalan2 tgk2 strwbrry, bunga, tngkap gambar n wat benda2 yg mrapu2 huhuhu....pas dr tu kteowg g ladang kaktus, dkt cni da xtau nak bli pe. Yang de kaktus jek, so ttibe rse mcm xbest jek. So kteowg kluar awal dr tempat tu, dengan harapan nak wat tour sendri hehehe....kteowg g solat+makan pastu jalan2 kejap. Bebas la ckit =). Tngah asek leka2 belek barang2 dkt kedai tu, de kawan call ckp bas nak gerak huhuhu....


Ni la xtvt kteowg dalam ladang kaktus...

pe lagi, mmg berlari la g dekat bas. Da la sesat lak tu kejap, tp sek bek jumpe surau tmpat kteowg solat td, xla ssah da nak g dkt bas pastu... Lect pun terkejut kteowg da start shppng dlu, so die pun istiharkan waktu tuk shppng hehehe. Kte g mne ntah ... ako pun xtau sgt nme tempat tu tp mmg sejuk arr, kabus jek yg de. Dkt ctu la bli strwbrry, mmg fresh. mse nak bli die siap bru nak packing g, bru sampai dr ladang kot. smua murah2 so pe lagi mmg mcm2 la ako bli. Teh+strawbrry+madu lebah tualang (tuk abah dkt umah)...
walopon balik lambat g tp tetap gak bli buah tangan tuk owg sg petani.


Bli barang2 ckit tuk kengkawan+owg umah (mak ako) =)


Lepas je dr ctu kteowg g ladang teh bharat...mmg luas arr, sempat g bergambar dkt bwh ngan kengkawan, kalo malu2 xde la gambar mcm ni beb. Pastu en nordin pun de gak blanje teh ckit, wah!! sejuk2 mmg sedap minum teh panas. Tambh2 free hehe..dkt cni pun de gak kedai cameron valley, mmg diaowg borong teh2 dkt cni la. banyak gak jenis2 yg de. Tp papepun teh perisa strwbrry mmg sedap =).





En Nordin blanje air teh....sruuupppp


So tu la destinasi kami yg last, walopon g xlama, xmrase pun tggal dkt sne...tp still best sbb leh g ngan kengkawan. Jalan nak g pun xla ssah sgt, cme jalan die je yg xleh tahan huhuhu...So pasni leh la bawak dak2 sek lak g cni =)


shot yg ke brape ako pun xingat, banyak gak la. thanks 2 ubai yg setia jd jurufoto walopon banyak permintaan dr kami hehehe.....Hail 2 ubai


Tuesday, November 3, 2009

Sesetengah Nikmat Itu Hanya Datang Sekali Tetapi Bersyukur Kena Selalu


Kita berkisah tentang syukur. Ada sepasang seamu isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini.

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berada seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada suatu hari yang indah, si isteri gegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersamanya dengan sambutan syukur hampirseluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibu bapanya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua seperti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata tetapi sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik di anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf...Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahan kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejut apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang-langgang dan koyakkan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang....mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat dari biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi ialah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada dimana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas riba, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah... tolonglah selamatkan anakku." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan kepada pemandu lain.

"Ya Allah... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku mohon sekali ini... Ya Allah selamatkan anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anaknyatercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat keranan kesakitan itu.

"Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku..."

"Ya Allah selamatkan anakku ini..."

Doanya tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan maafkan ... kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satunya menyusun kalimah.

"Anak puan .... telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi sukar untuk menjelaskannya kepada ibu.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak...kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini...."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan telah sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mancari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakkan kertas yang ditaburkan.

"Ibu rindu padamu...ibu rindu kepada nakalmu...ibu rindu pada koyakkan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel ini tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Benar... sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmat dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya setelah nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Petikan buku: U-Turn Ke Jalan Lurus (Zul Ramli M. Razali)

Sunday, November 1, 2009

Meet My Best Friends


So today i want to introduce my very best fwen...td belek2 gambar lme, terjumpa lak gambar mse kteowg g rye skali taun ni. Walopon ako da pindah g Sg. Petani tp still diaowg contact suh dtg gak Penang. Windu dkt ako arr tu hehe, kteowg knal dr sek rendah g. Mse tu slalo la mandi sungai skali, jalan2 ngan beskal sampai mrata-rata, tido dalam dusun durian sbb nak tlg kutip durian punye pasal. Semangat2 nak tggu durian tp takut, dengar je durian jatuh sok pagi bru g cri hahaha...



Yg kiri skali tu faris aka tokey lembu, de la usaha die nak wat bisness lembu pasni. Da banyak da lembu die rsenye. Dlu kecik2 jek ako tgk. Mse blajar dlu pun duit ptptn abez sbb bli lembu jek, smangat tul. Sambil bce bku bwh pokok tgk lembu die haha...kalo ako balik kg jek dlu, tu la yg die wat. Tringin gak nak ikut jejak langkah die =). Dlu2 umah die mmg jd port mse kteowg balik sek sbb umah die btul2 depan sek. Kalo nak ponteng mmg jgn harap la. Tempat melepak+wat hmwrk. Dlu pun dia la slalu anta ako balik dr sekolah mse kaki ako still brbalut simen. Mmg gle, da la bru xcden pastu xserik2 g nek mto =). Tp kalo ngan dia ako xrisau, berhmah kalo bawak mto, 'pelan2' jek dia bawak. Dia pun penah xcden gak dlu sbbnye trtido atas mto, ako pun heran gak tp alhamdulillah xde pape. Dengar jek dia xcdent mlm tu gak kteowg g ospital tgk dia, seb bek nurse yg jge tu pun mak mmber kteowg so leh la msuk tgk dia. Kalo x jgn harap la.

Sebelah die tu fakrul aka datuk xde pingat. Prangai mmg gle2 ckit, xla gle tp dekat2 la. Kalo ako nak blik kg mmg ako xske bgtau die ni sbb t dia nak ako trun dkt bttwrth so dia nak dtg amekkn. Xbg ako amek tket g sg ptani trus. Da la ske wat ayat pasrah pastu ako yg jd serba salah. Skang da keje ngan gov under AADK as penguatkuasa, kre bab2 cekup penagih ni dia la. walopon kadang2 owg tersilap ingat dia yg penagih. Badan da mmg keping dr dlu, kini dan selamanya ngee. Skang pun blajar g wat pjj, walopon keje smangat nak balajar tu still de lagi, smangat mcm tu yg ako nak bro. Sek rendah dlu xbrapa menonjol sgt sbb xnampak g bakat terpendam dia ble da nek sek men bru hebat ckit la. Dia men hoki tuk penang, ble nek form 1 dkt Guar Perahu dia masuk klas sukan. For ur info kteowg dlu x penah sek ptg mse secondary scool sbb kteowg klas sukan, petang2 jek de training dkt sek. Xla wat keje2 yg x brfaedah. Waktu tu de 1 klas jek, smua dak2 sukan trmasuk la ako skali waktu tu. Form 1 jek duk asrama pastu lari sbb xtahan ngan snr.

Yang bertahan sebelah fakrul tu jek. Nme dia Firdaues, mule2 dlu ako ingat dia silap tulis nme dia dkt buku tp sememangnye tu nme dia. Berbelit gak la lidah mse kecik2 dlu nak cbe sebut nme dia scr baku. Dia ni dr sek rendh da men tuk penang. Waktu tu ako pun terpilih gak tp xlepas (T_T). Tp ble coach sek men bgtau ako dpt pluang masuk klas sukan mse sek men, ako gatal tolak twran sek len smata2 nak men bola. Wktu tu kre nak men jek, blajar2 ni 2nd. Tp ble da sampai johan peringkat negeri, ako lak xcdent. Waktu tu bru awal form 3 and dalam latihan tuk g peringkat kebangsaan dkt sarawak (T_T). Start dr xcdent tu yg ako bru nak pegang balik bku. SMK GP spe xknal beb dkt penang. Kuasa gergasi bola sepak, tp dlu2 je la. Die ni lme gak la ako knal, dr darjah stu. Tp die klas len, ako knal sbb kawan2 dr klas yg len pakse dia bgtau spe gf dia hahahaha.....Siot tul da de ati rpenye hahaha. Tp sebenanya dia xde ati pon waktu tu, da kawan2 smua pakse ingat dia de gf, dia pun tatau nak tunjuk spe...last2 die tunjuk classmte ako yg bernama Siti Nurazimah. Skang dengar2 dak ppuan tu pun da jd Kapitan dlm navy.

Yang sebelah die lak Yusaiful aka pon aka bong. De rahsia di sebalik last ncknme tu hehehe. Yang ni geng ako mse ako ngaji kecik2 dlu dkt umah mak long. Asal ako dtg je mesti die de, kalo bab2 potong line mmg kteowg la. Tgk lambat jek siap la t, oo som spe yg nak potong dlu. Tu la spe suh dkt umah xnak bce hehe...Dia lebey kurang fakrul gak, men hoki. Skang pun aktif g men tuk USM. Pas poli aritu jd guru sandaran tak terlatih kejap je sementara tggu twran USM. Skang blajar g dkt USM amek chemical industry kot. Tiap2 ari asek xbtol jek shoutout die dkt ym. Banyak sgt kot reaction yg kne hafal...Skang die ngah exam 1st paper so gud luck, jgn kenyit2 mte dkt owg sbelah sbb nak jwpannye pasal da la.

Yang kanan skali lak nme dia Azran. Mse sek rendh die sek len dlu, masuk sek men jek bru skali. Die ni ketua pengawas mse form 5. Tp waktu tu ako xskolah skali sbb ako da g teknik, kalo x xde harapan dia hehehe...siot jek. Skang dia blajar g dkt UTM skudai amek IT. Dlu dia kolej dkt KL, de gak la kluar skali g jalan2 tme tu tp skang tggal ako sorang2 jek. De lagi yg ako xsebut mcm mizan, gasi, gafur, pak long. Kalo ako balik kg ngan diaowg la ako hangout. Xkre la g mancing ke, jge lembu ke, men futsal ke, wat bbq ke mmg diaowg la. Ajak jek sorang abez yg len nak ikut gak.


to be continue...

Klas Dibatalkan, En AB xde...Balik2

Arini xde klas sbb lect kluar g meeting kot. Dia just tinggalkn note ngan tugasan jek tuk kteowg. Da la kne seksa ngan mariah lak td, dia ckp de klas penat la ako terpacak depan tu ngan dak2 len. Rpenye dia tggu smua dtg dlu sbb nak bg tugasan. Kalo anta msg bgtau xde klas t confirm mmg xdtg langsung arini. Bagus2 mariah, keep up d good wrk. Dlu bukan men pendiam g, nak dengar sepatah perkataan pun ssah, skang da petah ssuai la jd cekgu. So arini bfesbuk la ako seharian =)

Tidurlah bersama kesyukuran, Jangan tidur bersama kesedihan.

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir:

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."

Mereka kemudiannnya meneruskan perjalanan bersama-sama. Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebutuntuk menyejukkan tubuhnya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dalam dasar tasik.

Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabatnya bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"

Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila..."

Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan , kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarlah ia cuma singgah sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaiknya, apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikkan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.

Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum kita tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.

Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagian dan kedamaian diri.

Justeru itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.


Petikan buku: U-Turn Ke Jalan Lurus (Zul Ramli M. Razali)

Friday, October 30, 2009

Lupa Satu Keperluan

Eeermm...arini da masuk ari ketiga hp ako rosak, rosak truk lak tu. Mmg2 truk la kali ni, sampai menjadi cebisan2 kecik. Mlm tu ako duk luar umah, tgk KL mlm2, da lme xtgk KL dr penthouse. Lepak tepi2 koridor tu mmg gayat tambh2 kalo tgk bawah, mle2 tu ako tniat je "kalo hp ni jatuh pe jd ek dkt hp tu?", mmg sengal gak, of couse la berkecai jadinya. Bukannye tilam bawah tu, tar beb... nak djadikan ceta, ako letak la hp tu dkt koridor. Ngah leka2 tgk Kl skali ako trtepis hp tu, mmg xsempat la. Adoiiiiii lepas stu2 masalah dtg. Trpakse la trun bawah g tempat kejadian kutip bahan bukti... screen jgn ceta mmg retak sribu, nak 'On' pun xleh. Kuang asam tul, tme gini la dia nak jd..geram gak aritu. Ari ahad t bru nak g repair, malasnya ako nak kluar g low yat sorang2. Niat nak g repair t tuka lak bli yg bru...

So trpakse la ako mghilangkn diri wat sementara waktu ni, ntah la de owg prasan ke x? Mungkin de hikmah =) ... Leh gak ako rehat2kn ckit otak ni, penat+letih wat asgmnt, anta folio tuk MQA, pk mcm2 mende 2 3 minggu ni. Jd pe kaitannye dgn tajuk tu hahaha....moral die dkt cni, kalo ako still xdapat lupekan kegeraman ako menepis hp ku jatuh dr tingkat !%. Ako akan sentiasa geram tambah dengan tensen yg sedia ada bertambah la lagi geram, geram dan geram. Cume de sesetengah mende yg kte cepat leh lpekan, tp de sstngah mende yg kadang2 ssah nak lpekan. Selalunya yg bek2 ni snang jek kte nak lpekan tp kalo yg xbek mmg slalu jek kte ingat.

Pelik kadang2 tp tu la hakikatnye. Nak mencri kawan yg tolong nak mengingatkn pun ssah, nak tlg mengingatkn t, dikatakan kte ni ske jge dalam kain owg. So kalau leh cbe la letak diri kte dkt tmpat owg len, bru kte tau mcm mne owg tu rse. Ako cme nak mengingatkn diri ako jek k =)

P/S: Manusia xkan tahu kesalahannya sehingga disedarkan.


The stupid neither forgive nor forget; the naive forgive and forget; the wise forgive but do not forget.